Seluar Bersalin Mesra Aurat MAMAPRIDE



Amalan menyambut kelahiran atau prosedur pemeriksaan vagina di pusat kesihatan dan hospital kerajaan biasanya mendedahkan aurat, iaitu bukan sahaja bahagian kemaluan yang perlu diperiksa, bahkan keseluruhan peha dna betis (keseluruhan kaki) yang tidak perlu diperiksa.

Sememangnya, selagi tiada kaedah atau cara terbaik bagi menjaga aurat pesakit bagi memeriksa kawasan “aurat” ini, maka, Islam menganggapnya sebagai suatu “Darurat” yang dibenarkan. 


Namun, usaha bagi menghasilkan kaedah pemeriksaan yang lebih murni dan sesuai dengan suruhan Islam bagi menjaga aurat perlu dilakukan. 

Inilah Fardhu Kifayah kepada kita sebagai umat Islam, apatah lagi bagi mereka yang berada di bidang kesihatan. Namun, sebarang penyelesaian yang dikemukakan, perlulah juga mempertimbangkan kemudahan para doktor, jururawat dan bidan untuk menjalankan prosedur.

Bertitik tolak daripada itu, kami memulakan proses diskusi dengan pihak perubatan dan agamawan untuk mencari satu solusi yang sesuai. 

Hasil daripada perbincangan itu, lahirlah satu idea untuk menghasilkan pakaian (seluar) khas, yang membolehkan si ibu melahirkan anak dengan selamat, dan selesa serta memelihara aurat (keseluruhan kaki). Pakaian tersebut juga tidak menghalang untuk sebarang prosedur biasa dijalankan.
Dan seluar itu dikenali dengan nama MAMAPRIDE.

Seluar bersalin MAMAPRIDE melindungi bahagian peha, lutut dan betis ibu daripada terdedah semasa proses melahirkan anak. Sekaligus memberikan rasa selesa kepada ibu untuk bersalin kerana aurat dan maruah mereka dilindungi.


9 KELEBIHAN MAMAPRIDE

1. MAMAPRIDE disokong oleh Mufti Kelantan dan Mufti Wilayah Persekutuan. 

2. Ia diusahakan oleh Koperasi Amal Medik Malaysia yang berpusat operasinya di Kelantan.

3. MAMAPRIDE patuh syariah kerana penggunaannya membolehkan hanya bukaan minima sahaja diperlukan ketika pemeriksaan vagina oleh petugas kesihatan.

4. MAMAPRIDE telah diuji di Pusat Bersalin sebagai prototaip dan kini dijual setelah berlaku penambahbaikan.

5. MAMAPRIDE adalah hasil inisiatif doktor Muslim, iaitu Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina     Malaysia (PAPISMA).

6. Wanita akan kurang risau semasa prosedur. Apabila kurang risau, prosedur lebih mudah.

7.  MAMAPRIDE mempunyai celahan untuk suntikan IM Syntometrine. Ini adalah suntikan untuk membantu proses pengeluaran uri dari dalam rahim dan mengelakkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.

8. MAMAPRIDE telah siap sedia dibasuh sebelum dibungkus. Jadi ibu-ibu boleh simpan dalam beg untuk dibawa ke hospital untuk masuk wad atau terus pakai sewaktu hendak masuk dewan bersalin.

9. Persediaan pesakit lebih pantas. Jika sudah pakai seluar ini, hanya buka bahagian penutup perinium sahaja. InsyaAllah, lebih memudahkan.


***********************************************************

 Nak order online seluar MAMAPRIDE?

WHATSAPP 'MAMAPRIDE' ke 0132290199

SAYA NAK BELI MAMAPRIDE SEKARANG!